Karya Kita, Milik Kita

Mutiara kata Dr. Johnson. Bahasa ialah perkataan akal. Bahasa ialah pakaian otak. Bahasa ialah keturunan bangsa.

Wednesday, September 27, 2006

Suatu peristiwa yang tidak dapat kamu lupakan

Norbasariah Bte Abdullah (5F)
Sekolah Rendah Fengshan

Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa mengingatkan aku pada suatu ketikda tidak lama dahulu, semasa aku dan keluargaku serta saudara-mara berada di Pulau Sibu. Pulau yang indah dan cantik. Ia amat sesuai untuk berehat dan menenangkan fikiran.

Air lautnya yang biru serta jernih membuatku tidak sabar untuk bermandi-manda. Aku berasa amat gembira apabila dapat berkumpul bersama keluarga dan saudara-mara. Setelah sudah sekian lama tidak bertemu saudara-maraku.

Di sana ada banyak binatang dan burung seperti rusa, ayam, merak dan arnab. Selama tiga hari dua malam, aku berada di situ, setiap pagi saya memberikan rusa itu makan. Binatang-binatang di sana amat jinak.

Aku dan saudaraku tidur di dalam sebuah rumah kampung yang sama. Suasana di malam hari amat sejuk kerana rumahku berhapadan dengan laut. Udara yang segar dan nyaman membuatku berasa amat segar pada waktu pagi. Tiga hari dua malam berlalu begitu cepat. Tidakku sangka hari untuk pulang sudah tiba. Aku berasa amat sedih untuk meninggalkan tempat itu. Aku berharap agar aku dan keluargaku akan ke sana lagi.

Perjalanan pulang menaiki feri amat menakutkan. Dalam pertengahan perjalanan, tiba-tiba air laut bergelora dan hujan mula turun selebatnya. Aku amat takut jika sesuatu yang buruk akan berlaku. Aku berdoa di dalam hati supaya tidak ada apa-apa yang berlaku. Akhirnya tiba juga aku di jeti.

Fikiranku terhenti apabila aku terasa ada seseorang memegang bahuku. Bila ku toleh ke belakang aku terkejut melihat ibuku berdiri di belakangku. Ibu menyuruhku makan malam bersama keluarga. Inilah merupakan peristiwa yang tidak dapat aku lupakan.
( 244 patah perkataan )

Wednesday, September 20, 2006

Peristiwa yang tidak dapat kamu lupakan

Karya : Justin Ja’afar Bin Abdul Gafar (5E)
Sekolah Rendah Fengshan

Dalam menempuh kehidupan yang penuh dengan ranjau dan duri, detik-detik suka dan duka sering dirasakan. Peristiwa yang manis dijadikan kenangan sementara yang pahit dijadikan tauladan. Bagi diri saya, pernah suatu ketika dahulu saya mengalami kesedihan yang amat menghayat hati. Namun saya terpaksa tabahkan hati dalam menempuh segala pancaroba hidup ini.

Peristiwa ini berlaku beberapa bulan yang lepas. Setelah tamat peperiksaan dan mendapat keputusan yang cemerlang, ayah seperti yang telah dijanjikan membawa kami sekeluarga melancong ke Malaysia. Kami semua berasa sungguh gembira terutama sekali kami tiga-beradik kerana inilah julung-julung kalinya kami melawat Malaysia.

Setelah beberapa hari mengelilingi kawasan perkampungan dan menikmati keindahan alam semula jadi serta singgah ke pekan-pekan untuk membeli-belah dan membeli cenderamata untuk kaum keluarga. Ayah kemudian mengambil keputusan untuk pulang ke Singapura.

Dalam perjalanan pulang, cuaca kurang baik. Hujan turun dengan lebatnya dan petir sambar-menyambar. Kami sekeluarga terpaksa mengelap cermin tingkap untuk memudahkan ayah memandu kerana pandangan di luar kurang jelas. Ayah memandu keretanya dengan agak laju kerana hendak berteduh di sebuah rumah berehat yang kira-kira sekilometer lagi. Tetapi malang tidak berbau, sedang ayah memecut keretanya, sebatang pokok telah di sambar petir lalu terjatuh beberapa meter dari kereta kami. Ayah cuba hendak mengelak dari terlanggar pokok yang tumbang itu tetapi keretanya terbabas lalu terjatuh ke dalam gaung yang dalam yang dipenuhi semak-samun. Kami sekeluarga menjerit ketakutan.

Apabila saya sedar, kaki-tangan saya berbalut. Hati saya sungguh cemas apabila nenek mendakap saya lalu menangis terisak-isak. Sejurus kemudian saya telah diberitahu bahawa ibu, ayah dan adik saya telah menjadi mangsa dalam kemalangan yang dahsyat itu. Mujur abang saya dan saya dapat diselamatkan. Tiba-tiba jiwa saya berasa kosong dan hampa. Fikiran saya berkecamuk dengan berbagai-bagai persoalan. Diri saya bagai anak ayam kehilangan ibu kerana kehilangan tempat bergantung dan berkasih-sayang. Mujurlah saya masih mempunyai seorang nenek yang sanggup menjaga saya dan abang saya.

Peristiwa pahit ini akan bersemadi di dalam jiwa saya untuk selamanya. Saya berasa sedih tetapi saya mengerti ini semua tulisan takdir.

( 321 patah perkataan )